Suspek Kedua Kes Curi Pistol Anggota Polis Direman

Diterbitkan: Sabtu, 18 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Luzhahski Zaimi, 24, suspek kedua kedua yang dipercayai terlibat mencuri sepucuk pistol dan kelopak peluru milik seorang anggota polis dibawa ke Mahkamah Majistret di Kuching, Jumaat, untuk mendapatkan perintah reman selama empat hari bermula semalam. -fotoBERNAMA
Mohd Luzhahski Zaimi, 24, suspek kedua kedua yang dipercayai terlibat mencuri sepucuk pistol dan kelopak peluru milik seorang anggota polis dibawa ke Mahkamah Majistret di Kuching, Jumaat, untuk mendapatkan perintah reman selama empat hari bermula semalam. -fotoBERNAMA

KUCHING: Suspek kedua dipercayai terlibat mencuri sepucuk pistol dan kelopak peluru milik seorang anggota polis, ditahan reman sehingga 21 Januari.

Menurut jurucakap polis, perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan di Taman Dahlia, Jalan Matang dekat sini, 7 petang semalam manakala suspek pertama ditahan 13 Januari lepas.

"Suspek kemudian membawa polis ke tempat pistol disembunyikan, suspek juga membawa polis ke satu kawasan tempat suspek membakar sebuah kenderaan curi yang digunakan untuk melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini.

Dua suspek dipercayai mencuri senjata berkenaan daripada anggota polis yang dikatakan mabuk dan tertidur di dalam keretanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan