Dua Lelaki Diberkas Tidak Sampai 10 Minit Selepas Merompak

Diterbitkan: Sabtu, 18 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Dua lelaki yang bersenjatakan parang dan pedang diberkas tidak sampai 10 minit selepas mereka merompak sepasang suami isteri di Pekan Baru Baling, Jumaat.

Ketua Polis Baling Supt Md Daud Md Hasan berkata polis yang kebetulan mengadakan operasi di pekan Baling bertindak pantas mengepung kawasan kejadian sebaik mendapat aduan pasangan suami isteri berusia 35 dan 30 tahun dirompak pukul 4 pagi.

"Kedua-dua suspek masih memegang parang dan pedang semasa dikepung. Mereka cuba menentang namun akhirnya menyerah selepas dipujuk anggota polis," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Katanya seorang lagi rakan perompak yang menunggu di dalam kereta bagaimanapun melarikan diri dan gerakan memburunya dilancarkan.

"Si suami cedera di belakang badan terkena libasan parang manakala isterinya lebam di muka akibat ditumbuk oleh perompak itu. Mereka masuk rumah kedai pasangan itu selepas mengumpil pintu," katanya.

Md Daud berkata polis menemui hasil rompakan iaitu wang tunai RM821 dan dua telefon bimbit manakala topeng penutup muka, dua beg dan dua topi yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan rompakan turut ditemui.

Katanya suspek berusia 30-an mempunyai enam rekod jenayah lampau manakala rakannya berusia 20-an tidak mempunyai rekod jenayah, katanya.

Katanya dengan penangkapan dua lelaki itu, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes rompakan bersenjatakan parang dan pedang di beberapa daerah di negeri ini.

Kedua-dua suspek ditahan reman seminggu untuk siasatan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan