Polis Selangor Tahan Lebih 300 GRO - Berita Jenayah | mStar

Polis Selangor Tahan Lebih 300 GRO

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Shukri.
Mohd Shukri.

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan sekurang-kurangnya 329 wanita warga asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut dalam satu operasi besar-besaran.

Polis mengadakan serbuan terhadap lebih 89 pub dan premis urut di negeri itu pada awal bulan ini.

"Wanita-wanita yang ditahan berasal dari beberapa negara, termasuk Myanmar, Vietnam dan Filipina.

"Kita turut menahan 123 lelaki, yang bekerja sebagai 'penjaga' mereka di premis itu," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan pada sidang media, Khamis.

Beliau menambah, unit D6 pasukan itu bertanggungjawab untuk 'membersihkan' negeri itu daripada sebarang aktiviti haram.

Mohd Shukri berkata, polis turut mematahkan 226 sindiket perjudian haram dengan menahan 235 pengurus premis.

"Kita turut menahan 17 orang yang terlibat dalam aktiviti itu dan merampas 3,700 komputer," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan