Isteri Muda Diselamatkan Selepas 16 Jam Diculik Empat Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang isteri muda dapat diselamatkan polis selepas 16 jam diculik empat lelaki dari rumahnya di Bandar Selesa Jaya, Nusajaya di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Nor Hashim Mohamed berkata, wanita berusia 19 tahun itu, yang juga isteri kedua seorang lelaki berusia 24 tahun, diculik suspek yang bersenjatakan besi dan kayu.

Beliau berkata, suami mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada kira-kira 1 pagi Selasa.

"Semasa kejadian, lelaki itu bersama-sama isteri pertamanya berusia 24 tahun dengan tiga anak mereka, isteri keduanya dan ibunya yang berusia 56 tahun berada di dalam rumah sebelum didatangi empat lelaki yang dikenali," katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Menurutnya, suspek kemudian memukul ibu lelaki itu sebelum melarikan isteri keduanya dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona.

Bertindak atas laporan itu, polis melakukan serbuan di beberapa rumah di sekitar kawasan Bandar Selesa Jaya pada 4.45 petang hari sama dan menahan keempat-empat suspek berumur antara 14 dan 17 tahun sebelum menemui semula mangsa dalam keadaan selamat.

"Kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap suami mangsa yang dikatakan mengambil barangan milik suspek...kerana itu, mereka membalas dendam dengan melarikan isterinya," katanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan