Gadis Thai Maut, Majikan Parah Dalam Kemalangan Di Dungun

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang gadis Thailand terbunuh manakala sepasang suami isteri yang juga majikannya dan seorang lagi pembantu rumah cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 94 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata, Aumiyah Tohmasea, 15, mati di tempat kejadian setelah cedera parah pada bahagian kepalanya.

Faison Ibrahim, 45, yang memandu kereta itu, isterinya Yameelah Mat,30, dan Padeelah Buenae,21, juga dari Thailand parah dan dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan.

Kejadian kira-kira 6 pagi itu berlaku ketika dua warga Thailand itu dan majikan mereka serta anak lelakinya yang berusia dua tahun dalam perjalanan untuk bersarapan di Paka.

"Kereta Honda Accord yang dipandu Faison dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu sebelum terbalik. Anak lelaki pasangan itu tidak cedera,"katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Ahmad Zailani berkata, mayat Aumiyah dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan