Dua Remaja Ditahan Berhubung Kes Bunuh Tiga Beradik Di Alor Setar

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Akhirnya dua suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini tahun lalu ditahan Rabu.

Mereka merupakan dua remaja lelaki yang berusia 18 dan 19 tahun yang ditahan di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara pukul 5.30 petang hingga 11 malam.

"Kita telah mendapat perintah tahanan reman untuk suspek sehingga 22 Jan ini untuk siasatan lanjut bersabit kes bunuh yang melibatkan tiga beradik pada November tahun lalu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya pada sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata kedua-duanya yang tidak bekerja ditahan hasil siasatan lanjut pihaknya serta maklumat orang awam. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes melibatkan kematian Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, yang mayatnya ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November lalu.

Sementara mayat adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui pula kira-kira 4 petang esoknya di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 7.30 malam pada 29 November untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari kampung mereka, dan tidak pulang-pulang sehingga mayat mereka ditemui. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan