Geng 'Mayang' Curi Motosikal Tumpas, Lapan Remaja Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menumpaskan geng 'Mayang' yang bergiat aktif mencuri motosikal di sekitar daerah Barat Daya berikutan penahanan lapan remaja, sejak seminggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata seorang lelaki remaja berumur 18 tahun ditahan pada 3 Januari lalu pada pukul 5.30 petang di sebuah premis di kawasan Mayang Pasir, Bayan Baru.

Ketika ditahan, suspek sedang meleraikan beberapa buah motosikal yang dipercayai baru dicuri dari kawasan berhampiran, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Katanya lanjutan daripada tangkapan berkenaan, tujuh lagi remaja ditahan di beberapa lokasi dan polis turut merampas lapan buah motosikal, lapan buah rangka motosikal dan pelbagai komponen motosikal dianggarkan bernilai RM80,000.

Kesemua suspek berumur antara 18 dan 25 tahun itu turut terlibat dengan beberapa rekod kesalahan jenayah lampau dan dadah.

Lai berkata hasil daripada soal siasat ke atas kesemua suspek juga mendapati mereka terlibat dalam kes curi 16 buah motosikal di daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Prai Tengah sejak 2010.

"Sebaik mencuri, kesemua motosikal berkenaan akan dileraikan dan komponen akan dijual secara runcit kepada pembeli tempatan antara RM400 hingga RM800 sebuah bergantung kepada permintaan," katanya.

Lai turut menasihati orang awam supaya tidak terpengaruh untuk membeli motosikal curi atau komponen dengan harga murah kerana ia menyalahi undang-undang.

Sementara itu, Lai berkata tidak menerima sebarang permohonan permit untuk himpunan 'turunkan harga barang' yang dipercayai dianjurkan badan bukan kerajaan di Bayan Baru, Khamis.

"Polis akan nasihatkan mereka yang terlibat untuk bersurai dan jika tidak tindakan akan diambil di bawah Akta Perhimpunan Aman," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan