Dua Parah, Lapan Cedera Ringan, Bas Terbabas Di Lebuh Raya PLUS

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pemandu bas ekspres dan seorang penumpang, parah manakala lapan yang lain cedera ringan selepas bas ekspres yang dinaiki, terbabas di Lebuh raya Utara Selatan, laluan ke utara di Taiping.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, bas ekspres yang membawa 23 penumpang itu dalam perjalanan dari Lumut ke Alor Setar, dan terbabas ke kiri jalan di Kilometer 217.5 pada pukul 1.50 tengah hari.

"Kesemua mangsa kemalangan dibawa ke Hospital Taiping," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

Beliau berkata, penumpang yang selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan telah berpindah ke bas lain untuk meneruskan perjalanan ke Alor Setar.

Dua puluh anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba Taiping dan sebuah dari Kuala Kangsar melakukan kerja menyelamat dan membersih kesan minyak di tempat kejadian, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas ekspres itu cuba mengelak daripada terlanggar sebuah kereta, menyebabkan bas terbabas merempuh penghadang tepi lebuh raya sebelum terhumban ke dalam longkang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan