Tiga Pengedar Ditahan, Dadah Bernilai RM6,000 Dirampas

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Tiga lelaki dipercayai pengedar dan penagih dadah ditahan bersama selaras senapang angin dan dadah berjumlah RM6,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Batu Tumbuh, dekat Kampung Raja di sini, pada 7 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata serbuan yang dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan jenayah Narkotik (BSJN) negeri pada pukul 6.45 pagi itu, seorang penduduk tempatan dan dua lelaki dari Pahang dan Kelantan ditahan.

Beliau berkata polis turut menemui 11 botol plastik, empat tiub straw dan 90 biji pil dipercayai dadah dalam serbuan berkenaan.

"Selain itu, polis juga merampas selaras senapang angin bersama 12 butir peluru dari jenis 'ball bearing' yang dipercayai dimiliki seorang daripada suspek ketika serbuan," katanya kepada pemberita di sini Kamaruddin berkata hasil siasatan, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 28 dan 37 tahun itu merupakan penagih tegar dan mula menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Besut, sejak empat bulan lepas.

Katanya, ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek didapati positif dadah.

Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Senjata 1960. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan