Warga India Bawa Dadah 30 Kg Dalam Bagasi Penuh Sayur

Diterbitkan: Selasa, 14 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Datuk Chik Omar Chik Lim (tengah) dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan Kastam KLIA, Zahari Abdullah (dua, kiri) serta Penguatkuasa Kastam KLIA menunjukkan dadah yang berjaya dirampas Kastam KLIA pada sidang media di ibu pejabat Kastam KLIA di Sepang, Isnin. -fotoBERNAMA
Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Datuk Chik Omar Chik Lim (tengah) dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan Kastam KLIA, Zahari Abdullah (dua, kiri) serta Penguatkuasa Kastam KLIA menunjukkan dadah yang berjaya dirampas Kastam KLIA pada sidang media di ibu pejabat Kastam KLIA di Sepang, Isnin. -fotoBERNAMA

SEPANG: Seorang lelaki warga India ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Ahad setelah beg pakaiannya yang padat dengan sayur-sayuran sebenarnya mengandungi dadah seberat 30 kilogram bernilai RM1.8 juta.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata lelaki berusia 44 tahun ditahan pegawai JKDM pada 12.10 malam selepas tiba dari Chennai.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menemui satu bungkusan disyaki syabu seberat lima kilogram manakala lima bungkusan lagi mengandungi dadah ketamin seberat 25 kilogram.

"Dadah yang dibawa tidak disorok. Ini jumlah terbanyak yang pernah dibawa satu individu setakat ini tahun ini. Tahun lepas, dadah terbanyak yang dibawa satu individu ialah 42 kilogram, juga dari India," katanya pada sidang berita di sini, Isnin.

Chik Omar berkata suspek pernah bekerja sebagai tukang masak selama lima tahun di negara ini dan sudah lapan kali berulang alik ke Malaysia.

Omar Chik berkata seorang wanita China berusia 26 tahun, yang tiba dari Cheng Du, ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada 9.50 malam tadi selepas disyaki membawa 2.52 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM478,800.

"Hasil pemeriksaan terhadap bagasinya menemui enam bungkusan serbuk teh dan sekotak pai kastard yang mengandungi enam bungkusan dadah selain sebuah kotak makanan ringan yang mengandungi lapan bungkusan dadah. Kesemuanya dibalut dengan kertas karbon," katanya.

Khamis lepas, pihaknya menahan seorang wanita warga China yang tiba dari Guangzhou di KLIA selepas 28 kotak berisi 310 batang pen 'marker' mengandungi dadah disyaki syabu seberat 2.1 kilogram bernilai RM399,000 ditemui dalam bagasinya.

"Ini adalah modus operandi pertama menyembunyikan dadah dalam pen 'marker'. Ini merupakan kunjungan pertama suspek itu, yang bekerja sebagai pelayan restoran di negaranya, ke Malaysia," katanya.

Omar Chik berkata ketiga-tiga tangkapan itu melibatkan rampasan dadah sebanyak 34.62 kilogram yang bernilai RM2.7 juta.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan