Tiga Selamat, Enam Hilang Bot Tukar Barang Karam Di Perairan Filipina

Diterbitkan: Selasa, 14 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Tiga dari sembilan anak kapal sebuah bot tukar barang, yang karam di perairan Filipina di Laut Tahau pada Jumaat, berjaya diselamatkan selepas mereka berenang ke pesisir Pantai Tambisan pada Isnin.

Bot berkenaan, yang menggunakan nama Bounty Ferry, membawa barangan seperti beras, minyak masak dan mi segera, dilapor karam setelah berlepas dari Pelabuhan Barter Trade di Sandakan pada 9 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Samsudin Mat berkata terdapat sembilan anak kapal warga Filipina di atas Bounty Ferry namun hanya tiga terselamat selepas dihanyut ombak hingga ke pesisir Pantai Tambisan.

Beliau berkata operasi mencari mangsa yang dilapor hilang turut dibantu Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pasukan Bomba dan Penyelamat.

Katanya, operasi hari ini gagal menemui mangsa di perairan Malaysia dan dihentikan pukul 6 petang.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan bersambung pada Selasa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan