Tiga Lelaki Samun Rumah Pemilik Kilang Proses Makanan Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 14 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menumpaskan satu kumpulan samun menggunakan senjata api apabila menahan tiga lelaki, kira-kira setengah jam selepas menyamun sebuah rumah di Jalan Tasek, Sungai Bakap dekat sini Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata tiga lelaki berusia antara 28 hingga 30 tahun itu ditahan pada pukul 6 pagi selepas menyamun rumah pemilik kilang memproses makanan.

"Dalam kejadian 5.30 pagi itu, seorang daripada anggota keluarga pemilik kilang berkenaan terdengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumah mereka dan nampak tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan masuk melalui belakang kediaman berkenaan.

"Lelaki itu sempat menelefon adik iparnya supaya memaklumkan kepada polis sebelum tiga suspek yang masing-masing bersenjatakan sepucuk pistol, parang dan kapak ternampaknya dan mengugut supaya menyerahkan wang tunai dan barang kemas jika tidak mahu dicederakan," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata mangsa yang risaukan empat anggota keluarganya yang sedang tidur di bilik masing-masing menyerahkan wang tunai dan barang kemas yang kesemuanya bernilai RM30,000 sebelum tiga penyamun berkenaan.

Mazlan berkata hasil tindakan pantas orang awam yang menyalurkan maklumat, polis berjaya mengesan tiga lelaki terbabit dan menahan mereka di lokasi berasingan.

Lelaki pertama di tahan di kawasan kebun nanas belakang rumah mangsa, seorang lagi ditahan di kawasan kebun kelapa sawit bersama barang kemas dan wang tunai yang disamun manakala suspek ketiga ditahan di Kampung Seberang Tasek iaitu lima kilometer daripada rumah mangsa bersama kereta jenis Vios yang dilarikannya.

Beliau berkata dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah berkaitan curi, samun dan dadah manakala seorang lagi dikehendaki polis berhubung kes penipuan di Selangor.

"Polis menemui semula semua barang yang disamun mereka dan kami turut merampas sepucuk pistol semi automatik jenis Walther PPK berisi tujuh butir peluru, parang, kapak dan pelbagai peralatan pecah rumah," katanya.

Mazlan berkata tiga lelaki yang berasal dari Selangor dan Pahang itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Beliau berkata berikutan itu, polis memburu seorang lagi rakan mereka Lo Chi Yong, 30, juga dikenali sebagai 'Ah Yong' beralamat terakhir di Taman Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan No 17 Jalan NB 27/5, Nusa Bistari, Johor, bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan