Polis Tahan Lelaki Rakam Video Wanita Mandi

Diterbitkan: Selasa, 14 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki merakam video seorang wanita sedang mandi di rumahnya di Kondominium Bayu Tasik, Cheras di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras Mohan Singh Tara Singh berkata lelaki berusia 31 tahun itu disyaki melakukan perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya melalui tingkap bilik mandi rumah wanita berkenaan.

"Rumah mangsa yang berada di aras bawah memudahkan suspek bertindak keji namun mangsa sempat melihat lelaki berkenaan yang memegang telefon bimbit sebelum menjerit minta tolong," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Mangsa yang berusia lingkungan 20 tahun itu kemudian menghubungi suaminya sebelum mengenal pasti identiti suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu.

Beliau berkata polis menahan lelaki terbabit di tingkat dua bangunan itu, kira-kira pukul 12 tengah malam hari yang sama setelah wanita berkenaan membuat laporan polis.

Polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit dan siasatan mendapati terdapat rakaman video wanita berkenaan di dalam telefon itu, katanya.

Suspek yang sudah berumah tangga itu ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan