Pelayan Dari China Ditahan Seludup Dadah Guna Pen 'Marker' - Berita Jenayah | mStar

Pelayan Dari China Ditahan Seludup Dadah Guna Pen 'Marker'

Diterbitkan: Selasa, 14 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Chik Omar Chik Lim (kanan) menunjukkan bagaimana dadah jenis syabu seberat 2.1 kilogram bernilai kira-kira RM399,00 disembunyikan di dalam 310 batang pen 'marker' pada sidang media di Sepang, Isnin, mengenai kejayaan Kastam KLIA itu menumpas cubaan menyeludup dadah di KLIA.
 Turut hadir ialah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Kastam KLIA, Zahari Abdullah (tengah).
 -fotoBERNAMA

SEPANG: Jabatan Kastam menahan seorang pelayan dari China yang cuba menyeludup RM400,000 syabu menggunakan 310 batang pen 'marker' melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Kastam KLIA , Datuk Chik Omar Chik Lim berkata petugasnya mengesan wanita itu kira-kira pukul 11.40 malam pada 7 Januari ketika menjalani pemeriksaan Kastam di lapangan terbang.

"Apabila bagasinya diimbas kami mendapati 310 batang pen 'marker' di dalam begnya.

"Sekali pandang ia kelihatan seperti pen 'marker' biasa tetapi apabila kita memeriksa dengan lebih teliti kami menemui dadah yang disembunyikan di dalamnya," katanya kepada pemberita di Kompleks Kastam KLIA, Isnin.

Beliau berkata siasatan menunjukkan ini adalah lawatan pertama wanita terbabit ke negara ini.

"Siasatan lanjut mendapati wanita itu, yang terbang dari Guangzhou, telah dibayar 10,000 Yuan (RM5,386) untuk menyeludup dadah.

"Kami percaya dadah itu bertujuan untuk diproses oleh sindiket tempatan di sini," katanya sambil menambah mereka kini bekerjasama dengan rakan-rakan mereka di luar negera untuk membendung individu dari aktiviti tersebut.

Beliau berkata trend terkini adalah dengan menggunakan wanita muda berpenampilan menarik dari China untuk menyeludup dadah ke negara ini.

"Tahun ini sahaja kita telah menumpaskan beberapa kes yang serupa walaupun ini adalah kali pertama sindiket menggunakan pen 'marker untuk menyeludup dadah," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan