Tiga Lelaki Terbabit Tujuh Kes Pecah Rumah Di Balik Pulau Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Polis pada Isnin menahan tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam beberapa siri rompakan dan pecah rumah di sekitar daerah ini sejak awal tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata mereka merupakan rakyat tempatan dan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan warga Indonesia yang turut aktif melakukan kegiatan pecah rumah di Balik Pulau.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek yang berusia antara 21 dan 26 tahun itu ditahan secara berasingan di kawasan Sungai Pinang sekitar pukul 9 hingga 12 tengah hari tadi.

Ketiga-tiganya mengaku terlibat dalam tujuh kes rompakan serta pecah rumah yang dilapor sejak awal tahun lepas dan seorang dari mereka mempunyai rekod lampau atas kesalahan samun.

Mohd Hatta berkata polis turut merampas beberapa barang bukti seperti kad sim telefon dan resit barangan kemas yang telah dileburkan.

Pihak polis masih meneruskan operasi khas bagi menggempur kumpulan perompak yang masih bersembunyi di daerah ini, katanya.

Dalam kejadian awal pagi tadi di Lintang Bukit Penara, seorang pengurus kilang kerugian lebih RM30,000 apabila wang tunainya berjumlah RM12,000, barang kemas serta berlian yang dianggarkan bernilai RM17,000 serta pelbagai barangan lain dilarikan tiga perompak yang dipercayai warga Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan