Tiada Kompromi Terhadap Anggota Polis Jejas Imej Pasukan - KP Selangor

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti identiti dua anggota pasukan keselamatan itu, dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertugas seperti, yang tersebar di laman sosial Facebook pada Ahad.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata mereka telahpun ditukar tempat penugasan serta-merta dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut berkaitan kedua-dua anggota polis berkenaan dan ke mana mereka ditukar.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kesalahan yang dilakukan mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

"Kita juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan," katanya dalam catatan di laman Facebook PDRM.

Mohd Shukri juga meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis melakukan kesalahan atau tidak menunjukkan tahap integriti yang sepatutnya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan