Sarjan Cedera Dipukul Ketika Lerai Pergaduhan - Berita Jenayah | mStar

Sarjan Cedera Dipukul Ketika Lerai Pergaduhan

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan cedera dipukul sekumpulan lelaki ketika beliau cuba meleraikan satu pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Bukit Tambun dekat sini awal pagi Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu Sarjan Goh Boon Hong, 33, cedera akibat dipukul dengan topi kaledar, kayu, cota dan botol.

"Kumpulan lelaki itu yang dipercayai dalam keadaan mabuk dikatakan bergaduh dengan seorang lelaki di hadapan pusat hiburan berkenaan sebelum kejadian itu dimaklumkan oleh orang awam kepada polis.

"Empat anggota polis termasuk Sarjan berkenaan tiba di tempat kejadian dan sebaik mangsa yang memakai pakaian preman itu cuba meleraikan pergaduhan berkenaan, beliau terus dipukul," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata kejadian itu berjaya dileraikan selepas tiga lagi anggota polis berkenaan meminta bantuan anggota yang lain. "Ekoran kejadian itu, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan sebagai Pegawai Penyiasat dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut.

"Beliau menerima beberapa jahitan dan masih dirawat di hospital serta dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.

Mazlan berkata susulan kejadian berkenaan, polis berjaya menahan empat remaja berusia 18 hingga 19 tahun bagi membantu siasatan dan usaha memburu mereka yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan.

Katanya polis juga merampas pelbagai barangan yang digunakan dalam kejadian itu antaranya topi kaledar, kayu, cota dan rotan.

Beliau berkata empat lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan