Rancangan 'Sultan Melaka' Beri Darjah Kebesaran: Dua Laporan Polis Dibuat

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dua laporan polis dibuat berhubung rancangan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, memberi darjah kebesaran, bintang dan pingat di Pulau Besar dekat sini, Selasa.

Laporan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pulau Besar Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh pada kira-kira 6 petang.

Abdul Ghafaar berkata laporan itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap rancangan individu terbabit kerana melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Melaka.

"Ia adalah satu kesalahan dan pemberian darjah kebesaran hanya boleh diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob... kita tidak mahu perkara ini dipermainkan oleh individu tertentu," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Sementara itu, Presiden MGBM Zali Mat Yasin yang mewakili 16 pertubuhan belia negeri Melaka berkata tindakan individu terbabit boleh menjejas kestabilan dan keharmonian rakyat.

"Kita tidak mahu rakyat di Melaka timbul kegusaran atau kekhuatiran mengenai kewujudan sultan yang akhirnya mewujudkan konflik pentadbiran," katanya.

Baru-baru ini, Raja Noor Jan Shah mengutus surat kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron bagi mengadakan perbincangan untuk mendapat pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka' kerana mendakwa beliau sudah mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan