Kastam Gagalkan Cubaan Seludup 115,500 Liter Diesel Di Pelabuhan Klang

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia cawangan Perak berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 115,500 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM320,000 menerusi Pelabuhan Barart di Pelabuhan Klang. 
Cawangan Penguatkuasaan Kastam dari Lumut, Perak menahan 11 buah kontena berukuran 20 kaki yang mengandungi
Jabatan Kastam Diraja Malaysia cawangan Perak berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 115,500 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM320,000 menerusi Pelabuhan Barart di Pelabuhan Klang. 
Cawangan Penguatkuasaan Kastam dari Lumut, Perak menahan 11 buah kontena berukuran 20 kaki yang mengandungi "flexi tank" yang diisi dengan diesel. Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad menunjukkan minyak diesel yang berjaya dirampas pada sidang media Isnin. Turut hadir Pengarah Jabatan Kastam Perak Datuk Mohd Nasir Said (dua kiri) dan Pengarah Kastam Negeri Selangor Badaruddin Mohamed Rafik (kiri). -fotoBERNAMA

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia cawangan Perak menggagalkan cubaan menyeludup keluar 115,500 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM320,000 menerusi Pelabuhan Barat di sini.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata Cawangan Penguatkuasaan Kastam dari Lumut, Perak menahan 11 kontena berukuran 609.6 sm yang mengandungi "flexi tank" diisi dengan minyak diesel pada 27 Disember lepas.

Beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan kastam.

"Ia merupakan kes penyeludupan (minyak diesel) terbesar melalui pelabuhan menggunakan modus operandi itu dalam negara tahun lepas," katanya pada sidang berita di sini, Isnin.

Beliau berkata minyak diesel itu diisytiharkan sebagai minyak terpakai untuk dieksport dan diletakkan dalam ruangan khas 'flexi tank' untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Sambil menyatakan kesungguhan Kastam untuk menangani cubaan menyeludup bahan itu, beliau berkata pihaknya tidak mengawal bekalan diesel tetapi mengawal bahan api itu daripada dibawa keluar terutamanya menerusi pelabuhan.

Khazali berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (g) Akta Kastam 1967 iaitu terlibat dalam percubaan mengelak secara fraudan apa-apa larangan eksport.

Jika sabit kesalahan, pengeksport boleh didenda antara 10 dan 20 kali ganda nilai barangan atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan