Dua Beranak Maut Selepas Beli Kek Hari Jadi

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang bapa dan anak perempuanyanya maut selepas motosikal yang dinaiki mangsa terbabas sebelum dilanggar oleh dua buah kereta di KM 76, Jalan Johor Baharu-Mersing, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 tengah hari itu, Mohamad Anwar Razali, 32, bersama anak tunggalnya Nurul Elyanatasha, 9, dari Felda Tenggaroh 5, Mersing dilaporkan dalam perjalanan menuju ke bandar Kota Tinggi selepas membeli kek hari jadi anak perempuannya itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman ketika dihubungi berkata ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa telah hilang kawalan lalu terjatuh di tengah jalan sebelum dirempuh oleh dua buah kereta dari arah yang bertentangan.

"Nurul meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan kecemasan di Hospital Kota Tinggi (HKT) petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini Ahad.

Rahmat berkata bagaimanapun, pemandu kedua-dua buah kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, adik Mohamad Anwar, Fadzil Razali, 26, berkata beliau turut menemani abangnya itu ke Kota Tinggi dengan menunggang sebuah motosikal lain.

"Kami singgah di sebuah pasar raya dan membeli kek yang kemudiannya dipegang oleh Nurul sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi.

"Bagaimanapun sampai di satu selekoh, motosikal abang saya hilang kawalan menyebabkan kedua-duanya tercampak di tengah jalan raya sebelum dilanggar oleh dua buah kereta," katanya.

Beliau sedih kerana majlis sambutan hari jadi untuk anak saudaranya yang sepatutnya diadakan hari ini, bertukar menjadi kenduri tahlil untuk kedua beranak itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan