Bot Terbakar Di Dungun Dipercayai Akibat Litar Pintas

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Kejadian empat buah bot nelayan terbakar di Jeti Kampung Sungai Buaya di sini Jumaat lepas dipercayai berpunca daripada kejadian litar pintas dan bukannya khianat, kata Ketua Daerah Perikanan Dungun, Abdul Rahman Kassim.

"Ini perkara teknikal, bukan khianat. Nelayan beritahu ia berpunca dari pendawaian elektrik," katanya.

Kebakaran pukul 4 pagi itu melibatkan empat buah bot pukat hanyut, pukat jerut dan bubu yang salah sebuah daripadanya turut tenggelam.

Beliau berkata salah sebuah bot itu baru pulang ke pangkalan sarat dengan hasil tangkapan terutama udang.

"Dia balik malam. Nak jual hasil tangkapan. Malangnya pukul 4 pagi berlaku kebakaran menyebabkan semua tangkapannya yang dianggarkan bernilai lebih RM5,000 musnah," katanya dan menambah kebakaran mungkin dapat dipadam sekiranya terdapat orang membantu memadamnya.

Abdul Rahman berkata angin kuat serta barangan plastik di dalam bot menyebabkan api cepat marak.

Kira-kira 20 orang awak-awak hilang punca mata pencarian akibat kejadian tersebut yang dianggarkan mendatangkan kerugian lebih RM500,000. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan