Bilangan Premis Yang Ditembak Di Sabah Meningkat Kepada 46

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketika pemilik sedang menjalankan pembaikan sementara terhadap cermin tingkap dan pintu yang pecah, bilangan premis yang rosak di bandar ini dan berdekatan Penampang ekoran kejadian tembak pada hujung minggu lalu meningkat kepada 46.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun pada Isnin berkata mereka telah mengenal pasti 13 lagi premis di bandar itu yang ditembak oleh enam lelaki dalam tiga kumpulan antara lewat malam Jumaat dan 1 pagi Sabtu.

Beliau berkata angka itu menjadikan bilangan 38 buah kedai, bank, hotel dan pejabat di seluruh pusat bandar Kota Kinabalu, Luyang, Damai dan Inanam rosak dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata, mereka telah menerima dua lagi laporan daripada pemilik yang premisnya ditembak, menjadikan jumlah bilangan premis yang rosak kepada lapan.

Beliau berkata, laporan yang terbaru adalah di sebuah pasar raya dan bilik pameran kereta di sepanjang kawasan Jalan Bundusan.

Jauteh berkata polis sedang meneruskan siasatan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kononnya beberapa individu yang terlibat dalam tembakan tersebar di media sosial dan WhatsApp, beliau berkata imej itu sebenarnya adalah rakaman insiden rompakan di Semenanjung.

Beliau berkata rompakan itu berlaku ketika kejadian tembakan di sini berlaku menyebabkan waktu dan tarikh kejadian yang sama dan betul.

Pemeriksaan di kebanyakan premis menunjukkan bahawa tingkap kaca berkecai telah digantikan dengan kepingan papan lapis.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan