Ahli Perniagaan Maut, Anak Melecur Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan maut manakala anak perempuannya melecur di badan selepas sebahagian rumah teres dua tingkat mereka hangus dalam kebakaran di Pandan Perdana di sini Ahad.

Dalam kejadian pukul 5.40 petang itu, lelaki berusia 52 tahun serta anaknya berusia 17 tahun itu ditemui di sebuah bilik di tingkat atas kediaman itu.

"Gadis itu ditemui terbaring dalam keadaan separuh sedar dan dengan kesan melecur di sebelah ayahnya sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Hulu Langat, Penguasa Hamdan Daud kepada pemberita di lokasi kejadian di Jalan Perdana 10.

Katanya, mendiang yang dikenali sebagai Ng Chee Wai dan anaknya Ng Qi Jang dipercayai hanya tinggal berdua di rumah itu.

Hamdan berkata siasatan awal bomba mendapati kebakaran bermula daripada tingkat bawah rumah dan ia mula disedari selepas kedengaran bunyi salakan anjing milik keluarga mangsa sebelum jiran tetangga dan orang ramai cuba memadamkan api.

Hamdan bagaimanapun berkata punca sebenar kejadian serta kerugian masih lagi disiasat.

Beliau berkata berkata bomba menerima panggilan pada 5.46 petang sebelum tiba sembilan minit kemudian di tempat kejadian bersama dua jentera dan 15 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan Pandan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad ketika dihubungi berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci mengenai kebakaran itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan