Polis Tolak Unsur Khianat Berhubung Kubur Kanak-Kanak Digali

Diterbitkan: Ahad, 12 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pihak polis percaya tiada unsur khianat berhubung kewujudan lubang di kubur seorang kanak-kanak yang meninggal dunia kira-kira lapan bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata bagaimanapun siasatan lanjut berhubung insiden itu tetap dijalankan.

"Setakat ini kita tidak melihat ada unsur khianat dalam kes ini berikutan keranda masih berada dalam keadaan baik namun hanya sebahagian tanah yang hilang.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan berlaku mendapan tanah atau sebaliknya namun kita akan terus menyiasat kejadian ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Pada Jumaat seorang bapa, Kamaruddin Muhammad, 44, membuat laporan polis selepas mendapati kubur anak perempuannya di Tanah Perkuburan Kampung Binjai Berambu, Padang Midin di sini, berlubang dipercayai akibat digali oleh pihak tertentu.

Kejadian itu disedari anggota jawatankuasa keselamatan dan kemajuan Kampung (JKKK) yang mengadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan itu kira-kira pukul 9 pagi Jumaat.

Terdapat lubang sedalam kira-kira satu meter di kubur anaknya itu yang meninggal dunia ketika berusia sembilan bulan dan si bapa percaya perbuatan dilakukan oleh pihak tertentu yang mempercayai amalan khurafat.

Arwah anaknya Siti Nur Anisah merupakan anak bongsu daripada enam beradik, meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung dan jangkitan paru-paru. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan