Pistol Milik Bekas Pemain Bola Sepak Ditemui Semula

Diterbitkan: Ahad, 12 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sepucuk pistol bersama 17 butir peluru milik bekas pemain bola sepak kebangsaan bergelar Datuk, ditemui semula 12 jam kemudian selepas keretanya dipecah pencuri di sini, malam Jumaat.

Ketua Jabatan Siastaan Jenayah Pahang, Datuk Zakaria Ahmad berkata hasil maklumat orang awam polis menemui kembali beg berkenaan yang dicampakkan berhampiran kawasan semak di tepi jalan Bukit Ubi di sini pada 10.40 pagi Sabtu.

"Polis menemui pistol bersama 17 butir peluru, lesen senjata api dan cek kosong dipercayai milik pengadu di lokasi itu, bagaimanapun wang tunai berjumlah RM3,000 lesap," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu.

Katanya, dalam kejadian 10.50 malam Jumaat, mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an itu, singgah di sebuah restoran di Jalan Besar di sini untuk membeli makanan.

Mangsa yang merupakan pemain bola sepak era 1980 hingga 1990-an, menyedari kejadian itu selepas kembali ke keretanya 10 minit kemudian dan mendapati cermin tingkap bahagian penumpang depan kereta jenis Perodua MyVi itu dipecahkan.

Hasil pemeriksaan, mangsa mendapati beg yang berisi senjata api itu bersama wang tunai lesap dilarikan pencuri.

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kuantan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan