Lelaki Ditahan Polis, Ubah Suai Tangki Kenderaan Untuk Seludup Minyak

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki baru berusia 20 tahun yang memandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton telah menimbulkan syak lalu ditahan cuba menyeludup minyak diesel oleh sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang, di Jalan Bukit Kemuning, petang Khamis.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata suspek itu ditahan selepas kenderaannya diperiksa dan didapati telah diubahsuai bagi tujuan penyeludupan minyak.

"Pemeriksaan polis mendapati bahagian belakang kenderaan itu telah diubah suai menjadi tangki bagi membolehkan minyak disimpan dalam kuantiti yang besar.

"Polis berjaya mengesan 350 liter minyak disimpan di dalam tangki itu," kata Norzaid dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat.

Beliau berkata suspek ditahan bersama kenderaan itu di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan