Pengerusi MyWatch Dakwa Terima SMS Ugutan Bunuh

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

R. Sri Sanjeevan menunjukkan ugutan bunuh yang diterimanya melalui SMS pagi tadi sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol pada Khamis. -fotoBERNAMA
R. Sri Sanjeevan menunjukkan ugutan bunuh yang diterimanya melalui SMS pagi tadi sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol pada Khamis. -fotoBERNAMA

BANDAR SERI JEMPOL: Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R. Sri Sanjeevan membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang didakwa diterimanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya beliau menyedari SMS itu pada kira-kira pukul 8.43 pagi Khamis.

"Saya mensyaki SMS ugutan bunuh ini ada kaitan dengan kejadian saya ditembak pada 27 Julai 2013," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di sini.

Katanya beliau berharap polis memberikan perlindungan kepada dirinya dan anggota keluarganya yang tinggal di sebuah kawasan perumahan di Bahau dekat sini.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana kes beliau ditembak pada Julai lepas masih belum dapat diselesaikan oleh polis.

Pada 27 Julai lepas, Sri Sanjeevan, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang.

Ekoran kejadian itu, beliau telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari bahagian rusuknya dan kini beransur pulih. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan