Lori Bawa Bahan Toksik Terbalik, KM269.8 Lebuhraya Utara-Selatan Ditutup

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah lori tangki yang membawa muatan cecair kimia industri 'Formaldehyde' terbalik di Km 269.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran Plaza Tol Jelapang, Ipoh, Khamis. - fotoBERNAMA
Sebuah lori tangki yang membawa muatan cecair kimia industri 'Formaldehyde' terbalik di Km 269.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran Plaza Tol Jelapang, Ipoh, Khamis. - fotoBERNAMA

IPOH: Laluan di Km 269.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Jelapang dijangka ditutup kepada lalu lintas sehingga 1 petang Khamis susulan kejadian lori tangki membawa bahan toksik formaldehid terbalik dan mengalami kebocoran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Sumasivam berkata buat masa ini trafik dilencongkan ke jalan persekutuan.

Penutupan jalan itu bagi membolehkan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat pasir Puteh di sini menjalankan kerja-kerja pembersihan, katanya kepada pemberita di lokasi.

Menurut Sumasivam, kemalangan berlaku pukul 7.20 pagi tadi dan turut membabitkan dua buah kereta yang gagal mengelak lori tangki berkenaan yang melintangi jalan.

Kemalangan menyebabkan empat orang termasuk pemandu lori tangki itu cedera dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan, katanya.

Beliau berkata lori itu yang membawa 23 tan metrik cecair formadehid bagi kegunaan industri dalam perjalanan dari Prai, Pulau Pinang ke Kuantan, Pahang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan