Budak Perempuan Didera Dengan Kemaluan Dilumur Cili

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seorang suri rumah didakwa mengikat anak perempuannya yang berusia 11 tahun pada kerusi dan melumurkan cili di mulut dan kemaluan budak perempuan itu.

Ia merupakan kekejaaman terbaru yang dilakukan oleh wanita berusia 36 tahun itu yang dikatakan melakukan penderaan beberapa kali sehingga dia ditangkap.

Wanita itu dipercayai turut menggunakan sudu panas berulang kali terhadap budak perempuan itu sehingga meninggalkan kesan luka terbakar di seluruh badannya.

Nenek dan adik-beradik budak perempuan itu menyaksikan penyeksaan terbaru lalu memberitahu bapa dan ibu saudaranya.

Kedua-duanya kemudian membawa budak perempuan itu bersama-sama dan membuat laporan di Balai Polis Kajang.

Budak perempuan yang trauma itu kini menerima rawatan di Hospital Kajang dan berada dalam keadaan stabil.

Kesan terbakar di badannya kini dalam keadaan penyembuhan yang berbeza, menunjukkan bahawa dia telah didera beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, penderaan terbaru itu berlaku pada Sabtu lalu di Bandar Tasik Kesuma, Beranang.

"Nenek budak perempuan yang uzur dan dua anak perempuan kepada wanita itu menyaksikan kejadian itu tanpa mampu untuk membantu kerana budak perempuan yang didera itu diikat di kerusi dan dilumurkan cili yang ditumbuk lumat pada mulut dan kemaluannya," katanya kepada para pemberita di sini, Selasa.

Polis menahan wanita itu di rumahnya dan direman untuk membantu siasatan.

"Kami cuba mencari bapa budak perempuan itu yang hilang sejak kejadian itu," kata Abdul Rashid.

Polis sedang menyiasat kes penderaan kanak-kanak itu di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan