Polis Ambil Keterangan Paderi Lawrence - Peguam

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lawrence Andrew.
Lawrence Andrew.

SHAH ALAM: Polis Selangor pada Selasa telah mengambil keterangan Pengarang majalah mingguan Katolik, 'The Herald', Paderi Lawrence Andrew berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Peguam Lawrence, Francis Pereira berkata anak guamnya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada pukul 3.30 petang dan selesai merakamkan keterangannya kira-kira pukul 5 petang Selasa.

"Kami dimaklumkan polis menyiasat perkara ini mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan berhubung kenyataannya kepada wartawan portal berita (The Malaysian Insider.com) Eileen Ng, minggu lalu," kata Pereira ketika dihubungi.

Paderi Lawrence dipetik oleh portal berita itu pada 27 Dis lepas sebagai berkata bahawa semua gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan