Polis Tahan Ibu Lumur Kemaluan Anak Tiri Dengan Cili

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik Kasuma, Semenyih dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang Ab Rashid Ab Wahab berkata wanita itu ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu.

Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

"Selain itu, terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selasa.

Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.

Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan