Polis Bongkar Makmal Dadah, Tahan Tiga Lelaki Tempatan & Seorang Wanita Vietnam

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Polis membongkar sindiket makmal memproses dadah setelah menyerbu sebuah rumah teres dan menahan tiga lelaki tempatan serta seorang wanita warga Vietnam di Bandar Mahkota Cheras dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang Jumaat lepas, polis merampas sepucuk pistol jenis Colt 0.45 tanpa peluru dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah. Turut dirampas sebanyak 618 biji ecstasy seberat 93.88 gram, beberapa bungkusan serbuk disyaki dadah seberat 11,587.56 gram, serbuk Ketamine 84.57 gram, 70 biji Eramine seberat 19.56 gram bernilai RM50,000 serta beberapa alat memproses dadah.

Beliau memberitahu pemberita di sini Selasa, hasil siasatan mendapati wanita Vietnam yang ditahan itu merupakan teman wanita seorang daripada suspek yang ditahan dalam serbuan berkenaan, dan menambah rumah yang dijadikan makmal memproses dadah itu disewa sejak setahun lepas.

Siasatan awal mendapati dua lelaki daripada tiga suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah manakala seorang lagi dikehendaki polis berkaitan kes dadah di Pulau Pinang.

Beliau berkata dadah yang diproses itu dipercayai untuk pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu.

Kesemua suspek berusia lingkungan 22 dan 37 tahun itu ditahan reman enam hari. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan