Koperal Maut Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Seorang Koperal maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Km 33, Jalan Kuala Krai-Kota Baharu di sini, Selasa.

Ketua Balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, DSP Che Malek Bedot berkata kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika Che Yusoh Ismail, 51, bersama isteri Suraya Elias, 50, dalam perjalanan ke kuarters mereka di IPD Machang.

"Kejadian berlaku apabila sebuah lori dari arah Kuala Krai ke Kota Baharu memasuki lorong yang bertentangan dan melanggar Proton Waja yang dinaiki mangsa bersama isteri.

"Kenderaan mangsa dipercayai diseret sebelum dilanggar sebuah Toyota Unser," katanya kepada pemberita di sini Selasa. Beliau berkata mangsa cedera parah di kepala dan tangan kanan akibat hentakan kuat manakala isteri mangsa dan pemandu Toyota itu hanya cedera ringan.

Che Malek berkata pemandu lori itu melarikan diri selepas kemalangan dan beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut agar membuat laporan polis.

Sementara itu Suraya berkata beliau tidak menyedari kereta mereka telah dilanggar.

"Saya sedar dalam keadaan terhuyung-hayang akibat dilanggar, tetapi tidak perasan telah dilanggar lori dan kenderaan lain," katanya. Katanya jenazah suaminya akan dikebumi di Kampung Jal, Pasir Mas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan