Bas Ekspres Terbalik, Seorang Penumpang Parah

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas cedera parah apabila bas ekspres yang dinaikinya bersama 23 lagi penumpang terbabas dan terbalik di Km 27.9 Lebuhraya Utara-Selatan, Isnin.

Kejadian berlaku pukul 7.02 malam ketika bas itu dalam perjalanan dari Klang ke Johor Baharu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin, penumpang lain serta pemandu hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.

"Setakat ini wanita itu belum lagi dikenal pasti identitinya dan dia juga dihantar ke Hospital Putrajaya," katanya kepada pemberita.

Zaldino berkata kemalangan dipercayai berpunca daripada tayar bas pecah, menyebabkan kenderaan itu tidak dapat dikawal sebelum terbalik. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan