Anggota Polis Cedera Dirempuh Motosikal Dalam Sekatan Jalan

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis parah selepas dilanggar motosikal yang ditunggang dengan laju dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Chendering di sini malam Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian kira-kira 9.10 malam itu menyebabkan anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 32 tahun itu patah betis kanan dan menerima enam jahitan di dahi.

Ketika sedang bertugas bersama-sama lima lagi anggota polis, mangsa telah dirempuh motosikal jenis RXZ yang ditunggang laju seorang lelaki yang kemudian memecut melarikan lari ke arah Kampung Surau Panjang di sini, katanya.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan keadaan mangsa dilaporkan stabil," katanya.

Gerakan memburu suspek kini giat dilakukan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan