Pencuri Sumbat Empat Ekor Lembu Dalam Proton Wira

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata, kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi Ahad iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.

"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Chin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supt C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan