Pemandu Lori Disamun, Nyaris Dibakar

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang pemandu lori nyaris dibakar hidup-hidup oleh dua lelaki yang menyamunnya dalam kejadian di Taman Tambun Emas, di sini Sabtu.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa yang berusia 49 tahun dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di Butterworth selepas mengambil besi di sebuah kilang di Batu Kawan.

"Pemandu itu yang memandu berseorangan berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran tol Bukit Tambun sebelum dua lelaki menunggang motosikal berhenti di sebelahnya.

"Secara tiba-tiba, seorang daripada suspek masuk ke dalam lori mangsa dan lelaki itu yang bersenjatakan pisau mengacu senjata berkenaan sebelum mengarahkan mangsa memandu lori ke Taman Tambun Emas," katanya di sini, Ahad.

Beliau berkata rakan suspek yang menunggang motosikal mengekori lori terbabit dan sejurus tiba di lokasi yang agak sunyi suspek merampas dompet mangsa.

"Selepas mengambil wang, suspek keluar dan mengunci pintu bahagian pemandu manakala rakannya pula membawa tong berisi minyak sebelum mencurahkannya ke seluruh lori dan membakar kenderaan itu.

"Mangsa ketika itu berada dalam lori dan dia berjaya keluar melalui pintu bahagian penumpang sebelum lari menyelamatkan diri ke sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata polis sedang mengesan dua lelaki berkenaan.

"Kami telah rakam percakapan mangsa dan usaha mengesan dua lelaki yang menyamun pemandu itu giat dijalankan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan