Motosikal Dirempuh Lori, Murid Tahun Satu Maut

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang murid Tahun Satu maut manakala abang dan neneknya cedera parah apabila motosikal ditunggangi mereka dirempuh lori tiga tan di hadapan Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Simpang Empat dekat sini Ahad.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari tadi, Muhammad Syazril Mohd Sharizal, 7, murid di sekolah itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Abang mangsa, Muhammad Syazwan Mohd Sharizal, 9, dan neneknya Che Mah Darus, 67, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurut ibu saudara mangsa, Rosmah Azizan, 42, setiap hari ibunya akan menghantar dan mengambil mereka di sekolah.

Kedua-dua beradik itu dijaga oleh nenek dan datuknya sejak mangsa berumur empat bulan selepas ibunya meninggal dunia kerana barah manakala bapa mereka Mohd Sharizal Azizan, 28, bekerja sebagai pemandu mesin padi di Sungai Petani, katanya kepada pemberita ketika ditermui di HSB.

"Dia (mangsa) memang bijak dan rajin dan walaupun masih kecil dia pandai menjaga datuknya yang sakit semasa neneknya tiada di rumah," katanya dengan sayu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi berkata, pemandu dan kelindan lori itu telah ditahan untuk soal siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan