Mayat Koperal Halim Dan Anaknya Mohd Alif Ditemui

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Selepas 24 jam operasi mencari dijalankan, mayat Koperal Halim Ibrahim yang dikhuatiri lemas bersama anaknya di Sungai Kerian, di sini ditemui kira-kira 5.40 petang Ahad.

Mayat Halim, 52, ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan hilang petang semalam manakala anaknya Mohd Alif Hakim berusia setahun 10 bulan ditemui lebih awal iaitu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mayat Halim yang bertugas di Balai Polis Batu Kawan, dekat sini ditemui terapung di permukaan air oleh pasukan skuba tidak jauh dari tempat anaknya ditemui.

Mayat Halim dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita pemberita di sini.

Halim dan Mohd Alif Hakim dilapor hilang di sungai itu apabila bot yang dinaiki mereka bersama anggota keluarga dikatakan hilang kawalan menyebabkan Mohd Alif Hakim terjatuh ke dalam sungai.

Turut berada di dalam bot ketika kejadian pada pukul 6 petang Sabtu ialah isteri anggota polis itu, Waridah Muing, 33, juga seorang anggota polis dan anak perempuan mereka Nor Amira, 5.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Waridah dikatakan terjun untuk menyelamatkan anak mereka diikuti oleh Halim yang bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya itu.

Katanya, Halim berjaya menyelamatkan isterinya dan terjun semula ke sungai untuk mencari anak lelaki mereka, tetapi selepas 10 minit kedua-dua mereka langsung tidak muncul.

Sementara itu, ibu Halim, Siti Fatimah Ahmad, 72, berkata anak kedua daripada enam beradik itu tinggal bersamanya dan beliau juga menjaga Mohd Alif Hakim jika anak lelaki dan menantunya itu yang bertugas di Balai Polis Nibong Tebal keluar bekerja. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan