Bapa, Anak Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki bersama anaknya yang keluar memancing di Sungai Kerian, dikhuatiri lemas selepas tidak pulang ke rumah mereka di Tanjung Berembang di sini sehingga malam Sabtu.

Difahamkan bapa berkenaan berusia 50-an dan anak berusia tiga tahun itu keluar memancing sejak petang Sabtu bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga pukul enam petang sebelum isterinya pergi mencari di kawasan sungai berkenaan.

Wanita itu hanya menemui beberapa barangan suaminya di tebing sungai dan memaklumkan kejadian itu di balai polis berdekatan serta pihak bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Nibong Tebal berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan ada mangsa lemas di sungai berkenaan.

"Sepasukan pegawai dan anggota termasuk skuad skuba dikejarkan ke tempat kejadian dan usaha mencari dan menyelamat dijalankan.

"Setakat ini kita gagal mengesan mangsa lagipun arus air sungai itu sangat deras," katanya.

Jurucakap itu berkata operasi berkenaan terpaksa dihentikan pada malam Sabtu selepas kawasan sungai itu gelap dan ia akan diteruskan pada pukul 7 pagi Ahad. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan