Wanita Ditemui Mati Dikelar Dalam Tab Mandi

Diterbitkan: Sabtu, 4 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja wanita sebuah pusat kecantikan di Jalan Jelawat 1, Cheras di sini, ditemui mati terlentang di dalam tab mandi premis itu, Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, mayat mangsa yang merupakan warga India berumur 28 tahun ditemui kira-kira 9.30 malam oleh majikan dan seorang lelaki yang dipercayai suami mangsa, selepas terhidu bau busuk ketika membuka pintu premis berkenaan.

"Mayat mangsa ditemui di dalam tab yang tidak berisi air dan dipercayai telah mati empat hari lepas berdasarkan bau busuk dan fizikal badan mangsa yang kebiru-biruan.

"Hasil pemeriksaan polis mendapati mangsa telah dikelar di leher dan ditikam di dada menggunakan senjata tajam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian kira-kira pukul 2 pagi.

Mohan berkata, mangsa dipercayai bekerja di premis itu selama enam bulan manakala suaminya hanya menumpang di premis berkenaan tetapi menetap di tempat lain.

Katanya, pemilik pusat kecantikan telah ke premis itu bagi menemani suami mangsa untuk mengambil pakaiannya di dalam bilik yang diduduki pasangan itu selepas gagal menghubungi isterinya.

Susulan itu polis menahan suami mangsa berusia 27 tahun, yang juga warga India, selepas dia didapati memberi jawapan meragukan ketika disoal siasat.

"Lelaki itu menimbulkan banyak persoalan berhubung kes itu dan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Setakat ini, polis hanya menahan seorang suspek sahaja yang akan direman bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan