Polis Rekod 10 Kenyataan Berhubung Isu Kalimah Allah

Diterbitkan: Sabtu, 4 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Polis telah merekodkan kenyataan 10 individu bagi membantu siasatan mengenai laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berhubung kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew membabitkan isu kalimah Allah.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata sehingga kini polis menerima sejumlah 86 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu dan akan memanggil kesemua yang terbabit bagi melengkapkan siasatan.

"Bagaimanapun, kita belum lagi merekodkan kenyataan paderi (Lawrence Andrew) dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kuala Langat yang baharu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, di sini Jumaat.

Pada 27 Disember lepas, Andrew menerusi satu portal berita tempatan berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Berhubung rancangan beberapa pihak untuk mengadakan pergerakan bagi menyampaikan memorandum bantahan penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja di Selangor, Mohd Shukri berkata polis dalam keadaan siap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan.

Sebelum ini, beberapa pergerakan politik dan NGO Islam di Selangor mendesak Andrew untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam.

Umno Bahagian Gombak memberi tempoh sehingga esok untuk paderi itu menarik balik kenyataannya dan bertegas sekiranya gagal berbuat demikian, pergerakan bantahan secara aman akan dilakukan di hadapan semua gereja di Selangor pada Ahad.

Terdahulu, Mohd Shukri menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Kuala Langat kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Azman Abdul Razak yang menggantikan ACP Nordin Manan yang ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat di Bukit Aman.

Katanya bagi tahun ini, Selangor menyaksikan pertukaran pegawai polis baharu di lima IPD iaitu di Ampang Jaya, Hulu Selangor, Klang Selatan, Kuala Langat dan Shah Alam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan