Polis Teliti Rakaman CCTV Kesan Dua Suspek Larikan Barang Kemas

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang sedang menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Seberang Jaya di sini, bagi mengecam wajah dua suspek dalam kes barangan kemas dilarikan dari sebuah kereta, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah berkata rakaman itu memaparkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di sisi kereta jenis Perodua Kancil berkenaan dengan seorang daripada mereka memecahkan cermin kereta tersebut.

"Lelaki itu bertindak mengambil beg berisi pelbagai barangan kemas seberat lima kilogram yang berada di tempat letak kaki penumpang hadapan sebelum mereka melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha 125z," katanya.

Dalam kejadian 8 malam itu, seorang pekerja kedai emas di Parit Buntar, Perak, memberhentikan keretanya di stesen minyak tersebut untuk menggunakan tandas.

Mangsa yang kembali semula ke keretanya kira-kira lima minit kemudian bagaimanapun terkejut apabila mendapati cermin kenderaan itu pecah dan beg mengandungi barangan kemas bernilai RM650,000 yang baru diambilnya dari sebuah kilang di Butterworth, lesap.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata polis sudah merakamkan keterangan daripada saksi dan meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan