Peniaga Parah Ditembak Dari Jarak Dekat

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Seorang peniaga perkakasan rumah cedera parah terkena tembakan dengan pistol dari jarak dekat ketika sedang minum di sebuah restoran di Taman Kempas Indah, di sini, malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di hadapan restoran tersebut dan seorang daripada mereka melepaskan beberapa das tembakan.

"Tembakan itu mengenai badan mangsa yang berumur 46 tahun dari Taman Jati di sini. Keadaan lelaki itu dilaporkan stabil setelah diberi rawatan di Hospital Kulim," katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata peniaga itu yang menjalankan perniagaan di Taman Kempas sempat lari sejauh 40 meter untuk menyelamatkan diri selepas ditembak sebelum terjatuh manakala penyerangnya memecut motosikal dan melarikan diri.

Peniaga itu bernasib baik orang ramai berhampiran tempat kejadian membantunya dan menghubungi polis untuk dihantar ke Hospital Kulim, kata Ghuzlan.

Katanya polis yang menyiasat kejadian itu menjumpai lima kelongsong peluru pistol di kawasan restoran tersebut. Polis mengesyaki serangan itu bermotifkan dendam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan