Pelajar Sekolah Agama Maut Dalam Nahas Di Baling

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Agama Diniah, Kupang maut apabila motosikalnya terbabas ketika dia cuba memotong sebuah kereta di Kampung Landak Hilir, Jalan Baru Kupang-Gerik petang Khamis.

Qiamuddin Abdullah dilaporkan terseret hampir 20 meter dan meninggal di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 1.35 petang itu.

Ketua Polis Baling, Supt Mat Daud Hasan berkata mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Gerik.

Bapa mangsa Abdullah Hamad, 53, berkata anaknya yang juga merupakan pengawas sekolah terpaksa menunggang motosikal untuk ke sekolahnya di Kupang yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Gerik.

Mayatnya dikebumikan malam Khamis.

Menurut polis, pelajar tersebut merupakan mangsa pertama yang maut dalam nahas di Baling tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan