Dua Warga China Ditemui Lemas Di Kemaman

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Dua pekerja kilang Eastern Steel Sdn Bhd yang hilang ketika mengambil gambar di Pantai Telok Kalong di sini Rabu lalu ditemui mati lemas pagi Jumaat.

Mayat kedua-duanya yang merupakan warga China itu ditemui terapung kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam, mayat pertama dijumpai oleh sebuah kapal yang berlabuh kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.

Manakala seorang lagi mayat dijumpai pasukan penyelamat kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Zhang Xuefeng, 39, dan Wang Hai, 45, dilaporkan dipukul ombak ketika sedang berada di atas batu sambil mengambil gambar selepas mandi bersama enam lagi rakan mereka. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan