Dua Beradik Rentung Dalam Kebakaran Di Lahad Datu

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Dua beradik lelaki rentung apabila rumah mereka terbakar di Kampung Teck Guan Batu Satu, di sini Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu Mohd Apandi Mahmood berkata mayat Mohd Firul Azhar Tamrin, 5, dan Mohd Nur Jihad Tamrin berumur dua setengah tahun ditemui berhampiran antara satu sama lain di dalam sebuah bilik.

"Kami menerima panggilan 12.45 tengah hari. Dua jentera bersama tujuh anggota yang diketuai Ketua Operasi Abu Bakar Taraji dikejarkan ke tempat kejadian dan apabila pihak kami sampai, rumah tersebut sudah terbakar 95 peratus," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 1.13 tengah hari dan api berjaya dipadam sepenuhnya 21 minit kemudian.

Mohd Apandi berkata semasa kejadian ibu mangsa dikatakan bekerja manakala bapa mangsa Tamrin Sumaila, 31, menunaikan solat Jumaat.

Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan