Polis Tahan Suspek Bunuh Warga Emas Di Tanjong Bungah

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis telah menahan seorang suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki warga emas di Jalan Loh Poh Heng, Tanjong Bungah, di sini pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata suspek berumur 46 tahun itu ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian lewat malam tadi.

"Suspek ditahan reman lima hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini pada Khamis.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah.

Katanya, polis telah memanggil beberapa orang saksi untuk memberi keterangan mengenai kes itu.

Semalam mayat Ang Cheng Hoo, 64, dijumpai terbaring di tepi jalan oleh orang awam dengan beberapa kesan tikaman di perut dan kelaran di leher pada kira-kira 6.30 pagi.

Menurut anak lelaki mangsa, warga emas itu biasa keluar berjoging seawal pukul 5 pagi dan pulang ke rumah sebelum 8 pagi.

Polis turut menjumpai pisau yang sering dibawa mangsa ketika keluar berjoging dalam keadaan berlumuran darah dipercayai menjadi senjata pembunuhan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan