Dua Wanita China Ditahan, Dadah Bernilai RM1.6 Juta Dirampas

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chik Omar (tengah) menunjukkan rampasan dadah jenis methaphetamine yang disorok di dalam kasut pada sidang media di Sepang, Khamis. - fotoBERNAMA
Chik Omar (tengah) menunjukkan rampasan dadah jenis methaphetamine yang disorok di dalam kasut pada sidang media di Sepang, Khamis. - fotoBERNAMA

SEPANG: Dua wanita warga China ditahan secara berasingan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini pada Isnin dan Selasa lepas dan dadah methamphetamine seberat 9.1kg bernilai RM1.6 juta dirampas daripada mereka.

Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Datuk Chik Omar Chik Lim berkata dalam kes pertama, wanita China berumur 19 tahun ditahan pada 2.50 pagi Isnin selepas dia didapati menyembunyikan 6.1kg methamphetamine bernilai RM1.1 juta dalam 14 pasang pelapik kasut but di dalam bagasinya.

Rampasan kedua pada Selasa membabitkan seorang lagi wanita China berumur 29 tahun pada 1.30 pagi setelah didapati menyimpan 3kg methamphetamine bernilai RM570,000 di dalam dua gulungan wayar di dalam bagasinya, katanya dalam sidang media di sini Khamis.

Katanya siasatan mendapati modus operandi sindiket dadah dari China kini menggunakan wanita muda dan cantik untuk menyeludup dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan, katanya.

Sementara itu, Chik Omar berkata sepanjang tahun lepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mematahkan 67 percubaan penyeludupan dadah menerusi LCCT dan KLIA yang melibatkan 55 tangkapan dan membabitkan rampasan 809.9kg dadah bernilai RM47.6 juta Jumlah itu meningkat berbanding tahun 2012 yang membabitkan 61 kes dan 68 tangkapan dengan rampasan 317.3kg dadah bernilai RM36.2 juta, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan