Pejabat Mahkamah Syariah Kelantan Dipecah Masuk

Diterbitkan: Selasa, 31 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pejabat di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Jalan Pasir Mas-Salor di sini dipecah masuk dipercayai untuk mencari maklumat sulit, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitenden Idris Abd Rafar.

Beliau berkata, kejadian itu disedari seorang pembantu tadbir yang berkhidmat di bangunan berkenaan kira-kira 7.30 pagi semalam ketika mahu memulakan tugas.

"Ketika pengadu masuk kerja di Mahkamah Syariah tersebut mendapati pejabat di aras dua, lima dan enam telah dipecah masuk dengan beberapa bilik dan almari fail di aras berkenaan turut diselongkar.

"Selain itu, kamar Ketua Hakim dan Bilik Pegawai Penyelidik di aras enam turut diselongkar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Idris berkata, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai masuk melalui tingkap di aras dua dengan menggunakan tangga yang ditinggalkan kontraktor di tempat kejadian.

"Terdapat kesan umpilan di beberapa pintu di aras dua, lima dan enam dan suspek dipercayai menyelongkar almari yang mengandungi fail, bagaimanapun tidak mengambil barang berharga.

"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak membantu kerana hanya menampakkan kelibat sahaja berikutan pencahayaan yang kurang. Siasatan juga tidak dapat menimbulkan cap jari yang sempurna di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, pada hari kejadian pengawal keselamatan ada membuat rondaan setiap dua jam sekali bermula pukul 12 malam dengan rondaan terakhir adalah pada pukul 5 pagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan